Bagi meringankan beban 175,000 anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat kurang daripada 21 tahun dan tidak menerima pencen, Najib berkata kerajaan akan menyediakan dana sebanyak RM50 juta. DAN KAMI DI KVTTB 1 MALAYSIA KAMI TIDAK MAHU dana RM 50JUTA disalurkan kepada PERHEBAT, JHEV dan PBTM.
Semasa konvoi kami di negeri kedah, kami sempat melawat koperasi veteran komando zon utara berhad. Di sini, kami mendapat layanan yang amat baik sekali oleh pihak koperasi veteran komando zon utara, kerana mereka sanggup turun padang bersama-sama kvttb untuk menjelajah mencari ahli-ahli baru. Pihak kvttb mengucapkan berbanyak terima kasih kepada koperasi veteran komando dan khas nya kepada En Kamil yang memberi segala layanan kepada kami semasa di sungai pertani. En. Kamil jasa mu dikenang.
Misi pencarian ahli baru kvttb 1 malaysia terus dilaksanakan dan kali ini kami telah menjelajah hampir ke sempandan tanah air, sebuah perjalanan yang panjang tetapi demi untuk KVTTB semua ahli konvoi sanggup melupakan penat lelah.
SIBU, Rabu – Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen (KVTTB) 1 Malaysia bercadang memohon imbuhan daripada kerajaan sebagai menghargai pengorbanan bekas tentera dalam mempertahankan keselamatan negara.
Pengerusi KVTTB 1 Malaysia Kebangsaan, Mohd. Sabri Abdul Malek berkata, imbuhan yang dicadangkan itu ialah RM1,000 seorang sebagai tanda prihatin dan penghargaan kerajaan kepada bekas tentera yang banyak berjasa dalam memelihara dan menjaga keselamatan negara.
“Ini adalah kehendak ahli-ahli dan mereka memohon imbuhan itu memandangkan kebanyakan bekas tentera selepas menamatkan perkhidmatan tidak menerima pencen seperti anggota perkhidmatan awam yang lain,” katanya kepada Utusan Sarawak di sini hari ini.
Mohd. Sabri berada di sini untuk bertemu dengan ahli jawatankuasa KVTTB Sarawak di sini. Serentak dengan itu, KVTTB Sarawak merancang mengadakan satu perhimpunan untuk bekas tentera tidak berpencen di Dewan Suarah di sini pada 26 Mei ini mulai jam 9 pagi. Penaung KVTTB ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato’ Mohd. Fatmi Che Salleh.
Sehubungan itu, Pengerusi KVTTB Sarawak, Haji Annuar Haji Nyela menjemput semua bekas tentera baik berkhidmat dalam Tentera Darat, Tentera Laut atau Tentera Udara supaya datang beramai-ramai ke perhimpunan itu bagi membincang perkara berkaitan serta keperluan untuk bekas tentera yang tidak berpencen.
Menurut Mohd. Sabri, KVTTB memohon imbuhan berkenaan serta keperluan yang lain untuk bekas tentera disebabkan mereka berasa terpinggir selama ini dan sebagai membantu meringankan kos sara hidup.
“Ahli-ahli KVTTB sememangnya sentiasa berdiri teguh di belakang kerajaan Barisan Nasional dan berikrar membantu Barisan Nasional menang dalam pilihan raya umum akan datang,” tegas beliau sambil menambah, cadangan memohon imbuhan untuk bekas tentera tidak berpencen itu adalah sebagai menghargai pengorbanan dan perjuangan bekas tentera.
Beliau turut memberitahu, KVTTB yang dianggotai lebih 200,000 bekas tentera di seluruh negara tidak disertai oleh mana-mana bekas anggota tentera yang berpangkat besar dan tidak terikat langsung dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera Malaysia dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia.
Selain itu, Mohd. Sabri berkata, KVTTB juga tidak mahu lagi Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera Malaysia dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia mengadakan kursus untuk bekas tentera kerana mendapati kursus itu tidak memberi banyak impak.
Bagi bekas tentera tidak berpencen yang berhasrat untuk menghadiri Perhimpunan pada 26 Mei di Dewan Suarah Sibu untuk mendapat keterangan lanjut bolehlah menghubungi:
Haji Annuar: 019-4839551, Majohor: 013-8323500, Morshidi (Kuching) 010-8404089, Haji Maribi (Tanjung Manis) 013-8073173 dan Bohari (Miri) 012-8511567.