Tuesday, May 15, 2012

Roadshow Pertama Negeri Kedah di Sungai Petani.












Inilah dia Program pendaftaran ahli baru KVTTB, Roadshow Pertama di Negeri Kedah bertempat di Dewan Penyayang JKM Jalan Pahlawan Sg. Petani pada 12/5/2012.


Program yang dirasmikan oleh YBHG DATO’ HAJI TAJUL URUS BIN HJ MOHD ZIN disambut meriah dan dihadiri oleh pelbagai lapisan kaum di negeri ini, membuktikan penerimaan masyarakat terhadap Program Jelajah 1 Malaysia Untuk KVTTB boleh diibaratkan sebagai usaha membawa Veteran Tentera yang tidak berpencen ini keluar daripada kegelapan. Seawal jam 830 pagi tempat duduk sudah mula penuh. Kehadiran semakin bertambah dan bertambah. Sebelum jam 9 pagi tempat duduk sudah penuh dan ada yang juga yang berdiri.


Tahniah diucapkan kepada semua yang hadir kerana mengambil masa untuk menjayakan program pertama di negeri Kedah ini. Semoga program ini dapat dijayakan ke seluruh negara seperti ini. Amin.

No comments:

Post a Comment