Thursday, May 17, 2012

Bajet 2012

BAJET 2012

66. Terdapat seramai 175 ribu anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat kurang daripada 21 tahun dan tidak menerima pencen. Akibatnya, mereka menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan untuk menampung kos sara hidup. Bagi meringankan beban golongan ini, Kerajaan akan menyediakan program latihan khusus untuk mereka yang sudah bersara tanpa pencen bagi menceburi bidang perniagaan serta membantu mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam dan swasta kepada mereka yang layak. Untuk melaksanakan insentif ini, sebanyak 50 juta ringgit akan disediakan.

Bagi meringankan beban 175,000 anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat kurang daripada 21 tahun dan tidak menerima pencen, Najib berkata kerajaan akan menyediakan dana sebanyak RM50 juta. DAN KAMI DI KVTTB 1 MALAYSIA KAMI TIDAK MAHU dana RM 50JUTA disalurkan kepada PERHEBAT, JHEV dan PBTM.

6 comments:

  1. dah tu hang nak depa salur kat mana? cuba hang terangkan kat aku sat.

    ReplyDelete
  2. dana tu bukan utk hang sorang ja, pakat2 lah kongsi2, kesian kat orang lain no...

    ReplyDelete
  3. yahoog
    depa nak dana tu disalurkan terus kepada KVTTB la kot..cuma harap jgn gelap mata noo,dapat dana 50juta satg tiris pla tingal kuah ja pada org2 bawah nu..

    ReplyDelete
  4. Marilah kita semua menjadi ahli koperasi & persatuan ini. Inilah kesempatan yang hebat untuk kita mendapat sedikit habuan daripada hasil pengorbanan kita pada satu ketika dahulu.Kita sebenarnya telah dilupakan dan ramai yang buta sejarah. Polis mereka ingat - kita maaf tiada yang peduli. Sekarang marilah kita bersatu - 175,000 orang adalah satu kekuatan politik yang mengerunkan lawan. Kita sama-sama berjuang - kali ini untuk diri sendiri. Bukan lagi untuk negara.

    ReplyDelete
  5. Mungkin ramai diantara skod-skod kita salah faham tentang RM50 juta ini! Dari apa yang saya baca (in between the lines)....ramai beranggapan bahawa RM50 juta ini akan dibahagikan diantara 175,000 VETERAN sebagai imbuhan atau insentif. Pada fahaman saya pula....ongkos RM50juta itu adalah untuk kerajaan menyediakan program latihan kursus untuk Veteran-veteran ini menceburi bidang perniagaan. Tambahan pada itu....ianya digunakan untuk membantu merika mendapat pekerjaan dalam sektor awam dan swasta. Betul tak?

    ReplyDelete
  6. rm50 juta tu untuk bajet 2012. Skrg ni dah masuk 2013. Ada sapa2 tentera tak berpencen dapat manfaat ke tak dari dana rm 50 juta tu??? ada ke kursus perniagaan atau pinjaman perniagaan yang ditawarkan???

    ReplyDelete