Thursday, May 24, 2012

PROGRAM JEJAK KASIH. PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT SERTA PENDAFTARAN AHLI KUMPULAN KOPERASI VETERAN TENTERA



PROGRAM JEJAK KASIH.
PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT SERTA PENDAFTARAN AHLI KUMPULAN KOPERASI VETERAN TENTERA TIDAK BERPENCEN
(KVTTB 1 MALAYSIA) & UNTUK MENJADI AHLI


Tempat : PINTU GERBANG SIBU(SIBU GATEWAY) sibu sarawak

Tarikh : 26 Mei 2012

Masa : 10.00 Pagi

DATANG LAR BERAMAI-RAMAI KE PROGRAM INI

Thursday, May 17, 2012

Bajet 2012

BAJET 2012

66. Terdapat seramai 175 ribu anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat kurang daripada 21 tahun dan tidak menerima pencen. Akibatnya, mereka menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan untuk menampung kos sara hidup. Bagi meringankan beban golongan ini, Kerajaan akan menyediakan program latihan khusus untuk mereka yang sudah bersara tanpa pencen bagi menceburi bidang perniagaan serta membantu mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam dan swasta kepada mereka yang layak. Untuk melaksanakan insentif ini, sebanyak 50 juta ringgit akan disediakan.

Bagi meringankan beban 175,000 anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat kurang daripada 21 tahun dan tidak menerima pencen, Najib berkata kerajaan akan menyediakan dana sebanyak RM50 juta. DAN KAMI DI KVTTB 1 MALAYSIA KAMI TIDAK MAHU dana RM 50JUTA disalurkan kepada PERHEBAT, JHEV dan PBTM.

Tuesday, May 15, 2012

Roadshow di Dewan LPPKN Kepala Batas Pulau Pinang.














Beginilah keadaan dewan sebelum menerima tetamu untuk hadir membuat pendaftaran. Dianggarkan kerusi di dalam dewan sebanyak 2000 tempat duduk di Dewan LPPKN Kepala Batas Pulau Pinang.

Bagi Roadshow kedua, saya lihat suasana meriah sekali, jadi bila kita pilih tempat yang tepat, lebih ramai yang dapat hadir. Sambutan orang ramai amat memuaskan dan ini menunjukkan galakan kerajaan kepada KVTTB diyakini masyarakat.

Semuanya amat bertenaga walaupun Sudah kurang upaya.Sumbangan kewangan daripada wakil penyelaras parlimen Kepala Batas kepada ahli kurang upaya dan sumbangan kepada anak ahli dari Balik Pulau RM2000.00 oleh Presiden KVTTB bagi pihak kerajaan.

Mohd Kamarul Azhar bersama anaknya berumur 4 tahun,
Reselan bin Su.-Dari KORRIS..Bersama dua orang anak yang berumur 21 dan 22 tahun juga turut menerima Sumbangan dari kerajaan melalui KVTTB (14/05/2012).Kita berdoa dan mengharap agar sumbangan yang dihulurkan dapat Membantu meringankan bebanan kewangan Ahli.

Presiden En. Mohd Sabri turut mengucap dengan harapan, mereka akan terus memberikan keyakinan kepada kerajaan.

Roadshow Pertama Negeri Kedah di Sungai Petani.












Inilah dia Program pendaftaran ahli baru KVTTB, Roadshow Pertama di Negeri Kedah bertempat di Dewan Penyayang JKM Jalan Pahlawan Sg. Petani pada 12/5/2012.


Program yang dirasmikan oleh YBHG DATO’ HAJI TAJUL URUS BIN HJ MOHD ZIN disambut meriah dan dihadiri oleh pelbagai lapisan kaum di negeri ini, membuktikan penerimaan masyarakat terhadap Program Jelajah 1 Malaysia Untuk KVTTB boleh diibaratkan sebagai usaha membawa Veteran Tentera yang tidak berpencen ini keluar daripada kegelapan. Seawal jam 830 pagi tempat duduk sudah mula penuh. Kehadiran semakin bertambah dan bertambah. Sebelum jam 9 pagi tempat duduk sudah penuh dan ada yang juga yang berdiri.


Tahniah diucapkan kepada semua yang hadir kerana mengambil masa untuk menjayakan program pertama di negeri Kedah ini. Semoga program ini dapat dijayakan ke seluruh negara seperti ini. Amin.

Perbincangan Ahli-Ahli Utara KVTTB




Bersemangat nampaknya ahli KVTTB menunggu hidangan makanan sambil sempat memikirkan serta bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain. Semangat yang kental dan ikhlas membuatkan setiap ahli kvttb sentiasa berbincang tidak kira dimana sahaja mereka berada.

Jelajah KVTTB Di GRIK, NEGERI KEDAH.

Kepada Semua warga kedah khas nya kepada tentera tentera veteran tidak berpencen. Adalah dengan ini kami warga KVTTB menjemput tuan tuan dan puan puan untuk hadir mendaftarkan diri menjadi ahli ahli koperasi kami.

Sila bawa gambar berukuran paspot, salinan kad pengenalan & salinan buku merah yang lengkap.

Monday, May 14, 2012

Majlis Perasmian Pertama di Negeri Kedah


Tahniah..!!!!!

Berbaloi juga penat lelah yang dicurahkan selama jelajah ini, kerana kesudian kehadiran Ybhg Dato Hj. Tajul Urus Bin Haji Mohd Zin untuk merasmikan majlis perasmian KVTTB buat kali ini. Atas kehadiran Ybhg serta sokongan yang diberi membuatkan kami berasa sangat teruja dan bersemangat dari majlis pertama di negeri kedah ini.

Koperasi Veteran Komando Zon Utara Berhad


Semasa konvoi kami di negeri kedah, kami sempat melawat koperasi veteran komando zon utara berhad. Di sini, kami mendapat layanan yang amat baik sekali oleh pihak koperasi veteran komando zon utara, kerana mereka sanggup turun padang bersama-sama kvttb untuk menjelajah mencari ahli-ahli baru. Pihak kvttb mengucapkan berbanyak terima kasih kepada koperasi veteran komando dan khas nya kepada En Kamil yang memberi segala layanan kepada kami semasa di sungai pertani. En. Kamil jasa mu dikenang.

Jelajah Keutara Tanah Air Sehingga Ke Sempadan Malaysia - Thailand


Misi pencarian ahli baru kvttb 1 malaysia terus dilaksanakan dan kali ini kami telah menjelajah hampir ke sempandan tanah air, sebuah perjalanan yang panjang tetapi demi untuk KVTTB semua ahli konvoi sanggup melupakan penat lelah.

Thursday, May 10, 2012

UTUSAN BORNEO: Group photo taken at Daily Express on 10.05.2012.

Berita Sarawak: Sambutan Penyertaan dari Sibu


SIBU, Rabu – Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen (KVTTB) 1 Malaysia bercadang memohon imbuhan daripada kerajaan sebagai menghargai pengorbanan bekas tentera dalam mempertahankan keselamatan negara.


Pengerusi KVTTB 1 Malaysia Kebangsaan, Mohd. Sabri Abdul Malek berkata, imbuhan yang dicadangkan itu ialah RM1,000 seorang sebagai tanda prihatin dan penghargaan kerajaan kepada bekas tentera yang banyak berjasa dalam memelihara dan menjaga keselamatan negara.


“Ini adalah kehendak ahli-ahli dan mereka memohon imbuhan itu memandangkan kebanyakan bekas tentera selepas menamatkan perkhidmatan tidak menerima pencen seperti anggota perkhidmatan awam yang lain,” katanya kepada Utusan Sarawak di sini hari ini.


Mohd. Sabri berada di sini untuk bertemu dengan ahli jawatankuasa KVTTB Sarawak di sini. Serentak dengan itu, KVTTB Sarawak merancang mengadakan satu perhimpunan untuk bekas tentera tidak berpencen di Dewan Suarah di sini pada 26 Mei ini mulai jam 9 pagi. Penaung KVTTB ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato’ Mohd. Fatmi Che Salleh.


Sehubungan itu, Pengerusi KVTTB Sarawak, Haji Annuar Haji Nyela menjemput semua bekas tentera baik berkhidmat dalam Tentera Darat, Tentera Laut atau Tentera Udara supaya datang beramai-ramai ke perhimpunan itu bagi membincang perkara berkaitan serta keperluan untuk bekas tentera yang tidak berpencen.


Menurut Mohd. Sabri, KVTTB memohon imbuhan berkenaan serta keperluan yang lain untuk bekas tentera disebabkan mereka berasa terpinggir selama ini dan sebagai membantu meringankan kos sara hidup.

“Ahli-ahli KVTTB sememangnya sentiasa berdiri teguh di belakang kerajaan Barisan Nasional dan berikrar membantu Barisan Nasional menang dalam pilihan raya umum akan datang,” tegas beliau sambil menambah, cadangan memohon imbuhan untuk bekas tentera tidak berpencen itu adalah sebagai menghargai pengorbanan dan perjuangan bekas tentera.


Beliau turut memberitahu, KVTTB yang dianggotai lebih 200,000 bekas tentera di seluruh negara tidak disertai oleh mana-mana bekas anggota tentera yang berpangkat besar dan tidak terikat langsung dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera Malaysia dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia.


Selain itu, Mohd. Sabri berkata, KVTTB juga tidak mahu lagi Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera Malaysia dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia mengadakan kursus untuk bekas tentera kerana mendapati kursus itu tidak memberi banyak impak.


Bagi bekas tentera tidak berpencen yang berhasrat untuk menghadiri Perhimpunan pada 26 Mei di
Dewan Suarah Sibu untuk mendapat keterangan lanjut bolehlah menghubungi:


Haji Annuar: 019-4839551,
Majohor: 013-8323500,
Morshidi (Kuching) 010-8404089,
Haji Maribi (Tanjung Manis) 013-8073173
dan Bohari (Miri) 012-8511567.

Monday, May 7, 2012

Mesyuarat Pertama

Objektif

  • Meminta bantuan sara hidup bulanan kepada ahli.
  • Meminta imbuhan kepada pesara-pesara veteran tentera tidak berpencen yang dijanjikan oleh Menteri Pertahanan
  • Meminta mendirikan stesyen Minyak Petronas mengikut negeri yang akan diuruskan oleh koperasi KVTTB.
  • Memohon bantuan dana perniagaan daripada kerajaan.
  • Pihak KVTTB akan mengadakan 1 perhimpunan raksasa di Bukit Jalil setelah selesai jelajah mengumpul ahli 1 malaysia.
  •  Semua permohonan ini akan diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Panglima Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak semasa di hari perhimpunan raksasa tersebut.

Borang Penyertaan










/ /















/ /

/ /






























* Required Powered by myContactForm.com

Program KVTTB

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.....
 
Untuk makluman, KVTTB akan mengadakan program Roadshow Pendaftaran yang merupakan satu inisiatif untuk menjadi Ahli Koperasi Veteran Tidak Berpencen (KVTTB) 1 Malaysia, pada bulan Mei ini di SELURUH MALAYSIA. Maklumat lanjut program adalah seperti berikut :
 
 
 
:: TARIKH ::


 
 

:: KUMPULAN SASARAN ::

- SEMUA PERSARA YANG TIDAK BERPENCEN PERLU HADIR.

 
 
:: SILA BAWA UNTUK PENDAFTARAN::

- 2 keping gambar,
- 1 keping salinan IC,- 1 salinan buku merah,

Hubungi KVTTB

Mohd Sabri Abd Malek
Pengerusi

Alamat:
Lot 898, Jalan Lendu Kg Rembia
Alor Gajah, Melaka
Malaysia.
78000

Telefon: 019 3187898 / 019 619 1234 / 013 258 4444

Keterangan: URUS SETIA:

ZULKIFLY      017 629 4855
ABD. JALIL     013 648 7662
KHALID          019 668 5059
HARIS             013 605 0879
SAIB                019 353 2077
ZAINAL          016 627 5234

ATAU EMELKAN PERMOHONAN TUAN/PUAN KE

Mohdsabri898@yahoo.com

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE LAMAN WEB INI.