Thursday, May 24, 2012

PROGRAM JEJAK KASIH. PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT SERTA PENDAFTARAN AHLI KUMPULAN KOPERASI VETERAN TENTERA



PROGRAM JEJAK KASIH.
PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT SERTA PENDAFTARAN AHLI KUMPULAN KOPERASI VETERAN TENTERA TIDAK BERPENCEN
(KVTTB 1 MALAYSIA) & UNTUK MENJADI AHLI


Tempat : PINTU GERBANG SIBU(SIBU GATEWAY) sibu sarawak

Tarikh : 26 Mei 2012

Masa : 10.00 Pagi

DATANG LAR BERAMAI-RAMAI KE PROGRAM INI

Thursday, May 17, 2012

Bajet 2012

BAJET 2012

66. Terdapat seramai 175 ribu anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat kurang daripada 21 tahun dan tidak menerima pencen. Akibatnya, mereka menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan untuk menampung kos sara hidup. Bagi meringankan beban golongan ini, Kerajaan akan menyediakan program latihan khusus untuk mereka yang sudah bersara tanpa pencen bagi menceburi bidang perniagaan serta membantu mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam dan swasta kepada mereka yang layak. Untuk melaksanakan insentif ini, sebanyak 50 juta ringgit akan disediakan.

Bagi meringankan beban 175,000 anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat kurang daripada 21 tahun dan tidak menerima pencen, Najib berkata kerajaan akan menyediakan dana sebanyak RM50 juta. DAN KAMI DI KVTTB 1 MALAYSIA KAMI TIDAK MAHU dana RM 50JUTA disalurkan kepada PERHEBAT, JHEV dan PBTM.

Tuesday, May 15, 2012

Roadshow di Dewan LPPKN Kepala Batas Pulau Pinang.














Beginilah keadaan dewan sebelum menerima tetamu untuk hadir membuat pendaftaran. Dianggarkan kerusi di dalam dewan sebanyak 2000 tempat duduk di Dewan LPPKN Kepala Batas Pulau Pinang.

Bagi Roadshow kedua, saya lihat suasana meriah sekali, jadi bila kita pilih tempat yang tepat, lebih ramai yang dapat hadir. Sambutan orang ramai amat memuaskan dan ini menunjukkan galakan kerajaan kepada KVTTB diyakini masyarakat.

Semuanya amat bertenaga walaupun Sudah kurang upaya.Sumbangan kewangan daripada wakil penyelaras parlimen Kepala Batas kepada ahli kurang upaya dan sumbangan kepada anak ahli dari Balik Pulau RM2000.00 oleh Presiden KVTTB bagi pihak kerajaan.

Mohd Kamarul Azhar bersama anaknya berumur 4 tahun,
Reselan bin Su.-Dari KORRIS..Bersama dua orang anak yang berumur 21 dan 22 tahun juga turut menerima Sumbangan dari kerajaan melalui KVTTB (14/05/2012).Kita berdoa dan mengharap agar sumbangan yang dihulurkan dapat Membantu meringankan bebanan kewangan Ahli.

Presiden En. Mohd Sabri turut mengucap dengan harapan, mereka akan terus memberikan keyakinan kepada kerajaan.

Roadshow Pertama Negeri Kedah di Sungai Petani.












Inilah dia Program pendaftaran ahli baru KVTTB, Roadshow Pertama di Negeri Kedah bertempat di Dewan Penyayang JKM Jalan Pahlawan Sg. Petani pada 12/5/2012.


Program yang dirasmikan oleh YBHG DATO’ HAJI TAJUL URUS BIN HJ MOHD ZIN disambut meriah dan dihadiri oleh pelbagai lapisan kaum di negeri ini, membuktikan penerimaan masyarakat terhadap Program Jelajah 1 Malaysia Untuk KVTTB boleh diibaratkan sebagai usaha membawa Veteran Tentera yang tidak berpencen ini keluar daripada kegelapan. Seawal jam 830 pagi tempat duduk sudah mula penuh. Kehadiran semakin bertambah dan bertambah. Sebelum jam 9 pagi tempat duduk sudah penuh dan ada yang juga yang berdiri.


Tahniah diucapkan kepada semua yang hadir kerana mengambil masa untuk menjayakan program pertama di negeri Kedah ini. Semoga program ini dapat dijayakan ke seluruh negara seperti ini. Amin.

Perbincangan Ahli-Ahli Utara KVTTB




Bersemangat nampaknya ahli KVTTB menunggu hidangan makanan sambil sempat memikirkan serta bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain. Semangat yang kental dan ikhlas membuatkan setiap ahli kvttb sentiasa berbincang tidak kira dimana sahaja mereka berada.

Jelajah KVTTB Di GRIK, NEGERI KEDAH.

Kepada Semua warga kedah khas nya kepada tentera tentera veteran tidak berpencen. Adalah dengan ini kami warga KVTTB menjemput tuan tuan dan puan puan untuk hadir mendaftarkan diri menjadi ahli ahli koperasi kami.

Sila bawa gambar berukuran paspot, salinan kad pengenalan & salinan buku merah yang lengkap.

Monday, May 14, 2012

Majlis Perasmian Pertama di Negeri Kedah


Tahniah..!!!!!

Berbaloi juga penat lelah yang dicurahkan selama jelajah ini, kerana kesudian kehadiran Ybhg Dato Hj. Tajul Urus Bin Haji Mohd Zin untuk merasmikan majlis perasmian KVTTB buat kali ini. Atas kehadiran Ybhg serta sokongan yang diberi membuatkan kami berasa sangat teruja dan bersemangat dari majlis pertama di negeri kedah ini.